Archive for the ‘DIY’ Category

♥ diy bunga manggar..

December 30, 2009
cara membuat seperti blog kak shaja, ada beberapa org juga yg buat, alena (senyap2) hehe, alena buat lain sikit kan, and ada sorang blogger tak ingat link dia and zila juga , cara buat dia senang je.. lawa jugak, saya sekarang cuma buat bunga jek banyak2, cantum2 kat batang dia kemudian.. and petals ni agak mahal kot ke murah, kat nilai beli 100 keping rm7, ntahla tak compare terus beli je.. n ingat nak buat satu benda lain selain petals, nak campur.. tapi kene try dulu.. rasanya match.. 🙂 buat pun boleh ralit, aritu sampai kul 4 pagi buat, layan titanic kat tv2, sedih sangat.. pastu sambung layan cite ghostrider, pasang astro sambil buat kerja kawin ni mmg best..

butterlyminisaya cuma diy some stuff, yg saya minat nak buat, kalau tak minat saya tak buat, kang sekerat jalan jek..

♥ an emboss card..

December 23, 2009
internet dah okay, tadi saya belajar buat emboss card.. di opis mcm2 tools ada, tinggal nak belajar buat jek.. so inilah cara2 nak buat, bukan senang tau.. cos this is the manual way of doing it, pakai tulang empat kerat mula2 basahkan kertas keras, rendam je dalam bekas ada air macam ni sampai dia agak lembut…. then keringkan dia dalam surat khabar, letak dia tengah2 antara surat khabar pastu lenyek2 guna tangan supaya suratkhabar absord the access liquid tu..

letak heart yang sudah dipotong kat atas tempat penggelek.. heart itu guna mounting board yang warna hitam, then letak card yang kita nak diemboss kan pastu letak kain flet untuk alas atas card..
inilah benda penggelek tu, ini di fine art workshop.. kat sebelah kanan ada tempat nak pusing penggelek, contoh mcm nak gelek getah, my god! kene pusing gelek kuat2 so that love tadi tu raise above the card surface, gelek mcm nak terkeluar isi perut, haha.. serious kene 2 org gelek, kalau ari2 buat sure kurus..
inilah hasil yang tak seberapa, but with my own effort jugak kan, so be proud, hehe.. kalau nak buat wedding invitation card sendiri manually mcm ni berangan je lah, it takes alotttt of energy to do one, with just a simple design mcm ni, so kalau atleast 200 cards.. tatau lah.. maybe satu hari buat 5 ke kan, lama2 banyak lah… 🙂

butterlymini having fun learning, atleast..