tutorial diy reben rozek yang simple je

okay, ni simple tutorial ok, kalau tak paham tanya tau, cos gambar pun i skip2, huhu.. hope oklah..
ok barang2 yang diperlukan ialah riben satin, reben polka dot (kalau tak nak polka dot maybe boleh guna riben organza plain atau riben lace as long as something yg lain la dari satin tu so dia stand out atau riben satin juga tapi lain color, terpulang okay) gunting, wire pengikat, pengikat boleh guna dawai halus atau pun yg silver ada plastik cover dawai dia, so look nicer, glue gun and pin. semua ni ada jual kat kedai brg2 kawin, mcm pin tu ada je (gambar pin nanti i tunjuk kat bawah ok?), tanya kat org kedai okay?kalau nak buat banyak better beli riben satu gulung terus la, especially yg tengah tu riben polka dot or lace sebab dia lg mahal kalau beli ikut meter..cara dia i try bagi paham la, hehe kalau tak paham nanti tanya okay? but should be okay sebab sekali dah buat lepas tu terus master dah..

step pertama, potong riben, riben ni agak2 lah, kalau u nak buat besar then panjang skit, i aritu lebih kurang yang satin dalam 20 inch, sebab boleh tahan jugak lah size dia.. and kene ingat sebab nak buat 2 bow so mmg kene panjang tau, then yg polka dot tu buat pendek skit, sebab dia mmg kene kecil skit, baru molek..

step kedua, buat riben tu bentuk mcm dalam gambar dibawah, hihi.. agak2 okay besar dia, takpe first time buat ni just try dulu okay, dapat kan picture dia..
step ketiga, tolak bahagian belakang riben tu ke depan, cantum kan dia dengan riben depan..

cantum sampai jadi mcm dalam gambar bawah ni, mcm bentuk riben gak cuma dia loose la sebab kita tak ikat dia okay? pegang je kemas2 (*step untuk buat riben polka dot sampai step ini je, kedut2kan tengah dia then terus letak wire pengikat tu tengah2 then ikat)
lepas tu step seterusnya, amik hujung riben tu then cantumkan kat belakang.. paham tak? susah la aku nak explain, tapi gambar dah besar bagak ni, paham kot kan.. hihi.. yang hujung kanan riben tu naikkan je dia ke belakang..
then buat yang sama untuk hujung yang lagi satu okay.. sampai jadi mcm dalam gambar kat bawah ni.. lepas tu terbalik kan bagi hujung riben tu ke bahagian bawah, then korang kedut2 atau lipat2 kan tengah riben tu sampai jadi mcm dalam gambar kat bawah ni, susah jugak la masa first time especially kalau beli riben yg agak kasar tu, tapi boleh je okay, sebelum kedut2kan tu, betul2 kan riben tu, since ada 4 bulat2 tu kan bagi bow dia sama besar before kedutkan tengah dia.. ah korang buat je, senget itu seni, percayalah, it will look much cuter when its was done senget2, tho how much senget pun doesnt matter ok?
lepas tu pegang molek2 okay? lepas tu amik dawai tu letak kat tengah tu then ikat terus ke belakang, ikat kemas2..
lepas ikat nanti dia jadi mcm ni okay? potongkan lebihan wire tu, actually wire tu potong 2 pun boleh, jangan membazir, sebab nanti nak gam kan pin pulak.. pastu dah ikat betul2 kan, kalau ada yg terkecil, tarik2 je dia bg sama besar, or hujung dia duk belakang ke, time ni tarik2 la riben tu untuk kemaskan bentuk dia..
then untuk yang polka dot, cara nak buat dia sampai step ke kat atas i bgtau tu je, sebab nak satu bow je, kalau yg i ajar tadi dapat double kan.. kedutkan dia terus, then letak dawai silver tu.. terus ikat kan dia, then amik glue gun then gamkan je dengan riben warna purple tadi, kat tengah2.. sori i skip yg polka dot ni sebab battery camera habis.. huhu!
then last sekali just gam guna glue gun pin tu kat belakang riben ni, gam pun senget pun takpe, comel je nanti end product korang.. kalau ada sebarang soalan sila bertanya di kotak komen di bawah, enjoy, haha ntah2 memeningkan korang je cos mcm skip2 gamba.. but i think should be okay.. selamat mencuba.. :) oh lupa, panjang riben tu kalau perlu gunting and kemaskan.. last sekali dia akan jadi mcm ni la, clear pic skit..
butterlymini dah langsai..

14 Responses to “tutorial diy reben rozek yang simple je”

  1. Riena Says:

    ok aku paham nok…cntik laaa.nti aku nk tiru la

  2. Amalina Says:

    thanks huda..aku akan tambah bunga rozek dlm diy list aku =)

  3. mysarah Says:

    thanx for sharing this nice tutorial dear. kalau tak buat sama macam u punya pown maybe the way ribbon tu diikat pown boleh membantu.

    nice =)

  4. Cik Belle Says:

    aww, comel laa rozet niee.. thanks huda for the tutorial! tihihi

  5. ZARA Says:

    wow…. cantek nya…. seriously. tak pernah minat pon benda2 diy ni. pasal malas nak buat kan? tapi this one really caught my attention… cantek!

  6. syanaim Says:

    ::babe..nice job..cantik ok..boleh tiru ni::

  7. tehseenfatima Says:

    Send Flowers to Italy
    I suggest this site to my friends so it could be useful & informative for them also. Great effort.

  8. mysarah Says:

    lupe nk ty. where did u get that polka dot ribbon? i've been searching for it lama dah tapi tak jumpa2 (sebab tak cari banyak kedai pown :P)

  9. amElyn Says:

    simple.but cute!!! =)
    thanks dear for sharing!

  10. Nurulhuda|Adlie Says:

    riena, nok ko paham kan? haha, buat okay?

    amy, amy katenya, aah sila tambah, buat la, senang je, ko duk2 tgk tv pun boleh buat.. :)

    my, welcome! aah cara ikatan riben ni u boleh guna for hantaran ke, bakut doorgift ke, cara sama je, but u can use diff riben, riben yg besar2 tu ke.. or kat tgh riben tu letak bunga ke kan? :)

    belle, rozet ni comel, belle pun comel :) baiklah, ure welcome..

    zara, i pun sama malas, its just that bila i tgk price tag dia, my godness rm3.90 okay untuk 1 pcs? sangat mahal, so i rela buat sendiri, and actually kalau nak diy ape2, buat benda yg simple n cepat disiapkan supaya u tak hilang minat, haha.. try okay kalau ada masa? enjoy..

    sya, silalah tiru, i pun tiru design kedai tu, sejibik2, hehe..

    tehseenfatima, thanks :)

    mysara, kedai kat rumah i, area giant taman permata, salu ekdai brg kawin mesti ada, cuma tgk stok la, cuba cari okay.. :)

    amelyn, ure welcome, free2 boleh diy.. :)

  11. sarahsayangjiman Says:

    huda..canteeeekkkk! suka suka suka..!!

  12. miss poppers Says:

    senget itu seni..he3..love it..
    thank u..ur post really helpful :)

  13. Byzura Mj (By) Says:

    salam,

    mana nak cari riben polkadot tu eik?

  14. Nurulhuda|Adlie Says:

    ada kat kedai jual barang kawin, mana2 kedai ada but limited la, kdg2 takde color u nak.. kdg2 takde stok, try cari okay? satu gulung around myr20++

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: